Header Ads

Laungan amaran skuad ‘import’ Singapura buat anak buah Rajagobal

WarkahDaily – Kemenangan 3-2 skuad ‘import’ Singapura ke atas Taiwan malam kelmarin telah memberi satu amaran awal buat skuad bimbingan Datuk Rajagobal menjelang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di gelanggang sama, Sabtu ini.


Aleksandar Duric menjaringkan dua gol untuk memberi kemenangan kepada Singapura ke atas China Taipei (Taiwan) 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar Singapura malam kelmarin.
Singapura yang sinonim dengan pemain import kerana mereka masih lagi bergantung harap kepada tenaga import sebagai pemain bola sepak di negara itu walaupun sebelum itu pengurusannya telah merombak para pemainnya namun ia dipanggil semula bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Malam kelmarin, jaringan Singapura dihasilkan oleh veteran 41 tahun, Aleksandar Duric, import dari Bosnia yang masih menjadi sandaran utama dengan ledakan dua gol, manakala satu lagi gol disumbang Fazrul Nawaz.

Walaupun ianya dilihat sekadar kemenangan tipis, namun bagi skuad Harimau Malaya, ia haruslah menjadi satu peringatan berguna agar kesilapan mudah yang memungkinkan berlaku di bahagian pertahanan seperti yang berlaku ketika aksi persahabatan menentang Arsenal dan Liverpool tempoh hari tidak terus berulang.

Perlu diingat, rekod pertemuan Malaysia dengan Taiwan dalam aksi kelayakan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia, Malaysia sekadar menang 2-1 pada aksi di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun. Dalam perlawanan kedua, Taiwan berjaya mengatasi skuad Rajagobal 3-2 di Stadium Perbandaran Taipei pada 3 Julai.

Jadi, keputusan Singapura membenam Taiwan dengan 3-2 telah memberi signal kepada skuad Harimau Malaya agar tidak mengambil mudah pertemuan dengan Singapura Sabtu ini.

Walaupun Malaysia memberi aksi terpuji ketika pertemuan persahabatan dengan Liverpool baru-baru ini, tapi harus diingat, pengintip Singapura, V. Sundram Moorthy telah ditugaskan ke Kuala Lumpur bagi meninjau persembahan Malaysia ketika kalah 3-6 di tangan Liverpool.

Sebelum itu, aksi persahabatan pertama Singapura menentang Maldives (7 Jun), Singapura menang 4-0 menerusi satu jaringan Duric dan Shi Jiayi serta dua ledakan Qiu Li.

Kemudian pada 30 Jun lalu, Singapura menang tipis 2-1 ke atas kelab Perancis, Etoile FC 2-1 juga hasil jaringan Diruc dan Qiu Li.

Selain Duric, Singapura turut dibarisi pemain import Qiu Li, Jiayi (China), Daniel Bennett (England) dan Mustafic Fahrudin (Serbia).
Dikuasakan oleh Blogger.