Header Ads

Liga Super 2011: Kelantan juara, Terengganu berpesta gol, Selangor sekadar seri

WarkahDaily – Musim 2011 telah meletakkan pasukan Pantai Timur sebagai kuasa baru bola sepak negara apabila Kelantan dan Terengganu mendominasi carta 1-2 Liga Super.


PENJARING terbanyak Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya (kanan) membantu Terengganu membelasah Felda United 6-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi. | foto BHarian
Kelantan buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super musim 2011 selepas berjaya mengutip mata penuh dalam aksi penutup tirai musim 2011 awal malam tadi. Dalam aksi terakhir, Kelantan berjaya membenam Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kelantan mengutip 56 mata untuk merangkul juara musim ini dengan hadiah RM500,000 di samping layak secara automatik dalam aksi Piala AFC 2012.

Manakala satu lagi pasukan Pantai Timur, Terengganu muncul naib juara selepas berpesta gol membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ.

Terengganu berjaya mengambil alih kedudukan kedua liga daripada Selangor yang terpaksa turun di tangga ketiga selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Ipoh, Perak.

Juara Piala FA musim 2011 itu berjaya membawa pulang hadiah RM300,000 selepas dinobat naib juara Liga Super musim ini.

Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya melakar sejarah tersendiri apabila muncul penjaring terbanyak musim ini untuk meraih anugerah kasut emas. Abdul Hadi yang membantu Terengganu membelasah Felda United berjaya mengumpul 20 gol.

Keputusan penuh perlawanan malam tadi (6 Julai 2011)

Sabah 1 - Kelantan 2
Felda United 2 - Terengganu 6
Perak 0 - Selangor 0
N. Sembilan 2 - Perlis 0
T-Team 2 - Kuala Lumpur 3
Harimau Muda A 2 - Johor FC 2
Pahang 0 - Kedah 1
Dikuasakan oleh Blogger.