Header Ads

LIVE TERKINI: Peluang Harimau Malaya tampak berliku

WarkahDaily – Perlawanan berbaki belasan minit sahaja lagi, namun kelihatan skuad Rajagopal menempah laluan berliku untuk mara ke pusingan seterusnya selepas Singapura menyamakan kedudukan 1-1 sebentar tadi.

Pada awal permainan separuh masa kedua, Malaysia mendahului perlawanan 1-0 apabila rembatan kencang Safee Sali menerjah jaring Singapura.

Walaupun begitu, Singapura dilihat cuba meredakan tekanan yang dihadapinya apabila Malaysia terus mengasak pintu gol mereka. Singapura cuba membuat serangan pantas ke arah pintu gol Malaysia apabila pertahanan negara nampak lalai apabila begitu mudah memberi ruang pemain ‘import’ Singapura dari China untuk melakukan sepakan mudah menewaskan Khairul Fahmi menjadi keputusan setakat ini 1-1.

Nampaknya kegembiraan para penyokong yang lebih 85,000 orang nampak seketika sahaja apabila Singapura menyamakan kedudukan.

Keadaan itu tambah menyukarkan skuad negara untuk kembali menyamakan kedudukan agregat apabila kembali ketinggalan 0-2.

Kelihatan skuad Rajagobal sibuk menyerang sehingga alpa dengan pertahanan mereka dan memudahkan penyerang Singapura melakukan serangan pantas ke pintu gol Malaysia.

Dikuasakan oleh Blogger.