Header Ads

Malaysia terus amalkan sistem komunis di bawah Najib

WarkahDaily – BERSIH 2.0 telah menyatakan segala-galanya tentang amalan sistem pemerintahan negara Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Bukti keganasan polis yang dikerah kerajaan BN untuk menentang rakyat sendiri.
Walaupun barua-barua Umno-BN terus mendakwa Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen, namun apa yang menjadi realiti amalan pemimpin Umno-BN ialah sistem pemerintahan komunis yang ketinggalan zaman.

9 Julai lepas telah menceritakan segala-galanya di mana kerajaan Umno-BN begitu rakus dan kejam ‘menyerang’ rakyat sendiri yang mahu menuntut pilihanraya telus dan bersih yang dibuat secara aman.

Namun kehadiran polis yang dikerahkan pemimpin pengecut Umno-BN untuk memukul, menyembur air kimia dan menembak bom asap ke arah rakyat yang berhimpun secara aman di ibu negara 9 Julai lepas.

Jelas sekali, pemimpin Umno-BN melalui polis telah melanggar amalan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang dijunjung rakyat Malaysia selama ini. Kerana kuasa, pemimpin Umno-BN tanpa segan silu menggunakan kekerasan yang selama ini hanya dilakukan oleh pemerintah kuku besi dan diktator luar negara yang tidak dapat menerima kenyataan rakyat mahukan keadilan.


Rakyat dilayan seperti komunis demi kuasa jahat pemimpin BN.
Dipetik dari The Malaysian Insider, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan ini jelas sekali menunjukkan belang sebenar pemimpin kerajaan Umno-BN yang terdesak mempertahankan kuasa jahat mereka untuk terus memerintah negara ini walaupun denga cara komunis.

Menurut Presiden PAS, semua negara demokrasi membenarkan rakyat mereka mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.

Tegas Hadi lagi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.


Polis bukan lagi untuk jaga keselamatan rakyat tetapi menjaga kuasa jahat pemimpin BN.
“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Jika di negara yang mengamalkan demokrasi, kerajaan mereka bukan sahaja membenarkan demonstrasi aman dilakukan rakyat malahan turut mengerahkan polis untuk mengawal keselamatan rakyat yang sedang berhimpun.

Keadaan itu amat jauh berbeza dengan amalan Malaysia yang mendakwa mereka juga mengamalkan demokrasi. Tetapi bila rakyat mahukan adakan perhimpunan aman demi menuntut keadilan dari pihak kerajaan, rakyat akan diserang, polis akan menyembur air kimia dan menembak bom asap ke arah rakyat sendiri.

Keadaan ini menggambarkan Malaysia di bawah pemerintahan Najib dan kroninya telah mengamalkan sistem komunis untuk menyekat kemaraan rakyat sendiri demi mempertahankan kuasa zalim mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.