Header Ads

Mampukah skuad Harimau Malaya padam defisit dua gol malam ini?

WarkahDaily – Skuad Harimau Malaya perlu menang dua gol berbalas kosong jika mahu meneruskan ke pusingan seterusnya dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia. Jadi, apakah Malaysia mampu mengulangi kegemilangan menjuarai Piala AFF Suzuki pada mala mini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bukan sahaja perlu padam defisit dua gol yang diperolehi Singapura di Stadium Jalan Besar ketika perlawanan pertama pusingan kedua baru-baru ini, Malaysia harus mengambil manfaat padang rumput original untuk mengekang asakan dua penyerang ‘import’ Singapura Duric dan Qui Li.

Pertahanan skuad Datuk Rajagopal harus mengambil iktibar dari kesilapan lalu agar 85,000 penonton yang bakal membanjiri stadium tidak pulang dengan perasaan hangpa.

Namun, Singapura bukan berdiam diri dengan kelebihan dua gol yang mereka perolehi pada pertemuan pertama. Sudah tentu mereka akan pertahankan kelebihan itu dan tidak mustahil, Singapura juga bakal membuatkan benteng Malaysia bekerja keras menghalang asakan mereka.

Bagi pengendali skuad Singa, Radojko Avramovic percaya pasukannya mampu mengekalkan kelebihan yang dimiliki seterusnya menyingkirkan Malaysia dan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.

Tonggak pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak bakal diturunkan bagi mengelak kesilapan kedua berlaku dan pasangan penyerang Safee Sali dan Abdul Hadi Yahaya juga dikatakan akan ditugaskan merobek pertahanan Singapura.

Kedudukan penjaga skuad Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya samada Khairul Fahmi atau Sharbinee Alawi. Bagi Khairul Fahmi yang lebih glamor dengan panggilan ‘Apek’, beliau menyatakan sudah bersedia untuk membantu Malaysia layak ke pusingan ketiga jika diberi peluang oleh Rajagopal.
Dikuasakan oleh Blogger.