Maybank berminat masuki operasi perbankan di Thailand
Ketua Pegawai Eksekutif,nya Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata, Maybank tidak akan tergesa-gesa untuk merealisasikan aspirasi itu.
“Kami berminat ke Thailand dan berharap dapat mengendalikan bank di sana sekiranya diberi peluang. Bagaimanapun, kami mengambil pendekatan berdasarkan peluang, tidak terburu-buru kerana ingin memastikan sumber mencukupi termasuk modal dan sumber manusia,” katanya.
Maybank, melalui unit milik penuhnya, Mayban IB Holdings Sdn Bhd, memperoleh Kim Eng Holdings Ltd dari Singapura dan kini menjadi pemegang saham majoriti. dengan 50.2 peratus. -SH
Post a Comment