Header Ads

MB rakyat Kedah sambut Perdana Menteri rakyat BN

WarkahDaily –Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri buat rakyat Umno-BN telah datang ke negeri Kedah dalam rangka lawatan seharinya ke beberapa tempat termasuk melawat Pasar tani Taman Wira Mergong, bertemu rakyat di Guar Chempedak dan menyertai himpunan belia di Pendang.


PM rakyat BN disambut MB rakyat Kedah.
Kehadiran PM Umno-BN itu telah disambut oleh Menteri Besar rakyat Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Menteri Besar rakyat Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, pagi semalam.

Ingat ke datang Kedah sebab nak rasmi bangunan Umno-BN, nak rasmi mesyuarat Umno-BN tapi nak melawat tempat hak milik awam yang tiada sangkut paut dengan Umno-BN.

Apa yang mencuri perhatian, Najib datang dengan berpakaian berlogo 1Malaysia dan bertopi ‘dacing’ BN seolah-olah nak rasmi program Umno-BN. Nampak sangat Najib tak hormat rakyat Kedah yang sudah pun menolak logo dacing itu dalam PRU 12. Tak tahu malu la budak ni!

Apa-apa pun, MB rakyat Kedah tetap dengan pakaian berwarna kuning yang tiada logo mana-mana parti kerana beliau begitu professional dan tahu dirinya sebagai MB rakyat Kedah dan bukannya MB mana-mana parti.

Menurut laporan Warta Kedah, kelihatan pelbagai agensi kerajaan Pusat dari negeri-negeri lain telah ‘berkampung’ di Kedah sehari lebih awal untuk meramaikan sambutan terhadap Perdana Menteri rakyat Umno-BN itu.
Dikuasakan oleh Blogger.