Header Ads

Molotov, parang boleh diletak bersama t-shirt berlogo Umno

WarkahDaily – Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman jajahan British dan Jepun. Kini, masyarakat berfikiran terbuka dan tidak mudah ditipu dengan sedikit permainan silap mata golongan tertentu yang cuba mengada-adakan sesuatu yang tidak ada.


Hulu parang lebih kurang sama dan masih baru yang ntah dibeli di mana-mana kedai untuk dijadikan bahan provokasi.
Memang pemimpin Umno dah tak mampu berhadapan kebangkitan rakyat dan takut berhadapan realiti sebenar rakyat sudah tidak suka dengan Umno-BN sehingga mereka ini sanggup berperisaikan pihak polis dan tentera.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan pengecut pemimpin Umno-BN berhadapan dengan rakyat dan ini semua adalah strategi lapuk dan kuno.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

"Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," kata Abdul Hadi dipetik dari Harakahdaily.

Dalam laporan The Star menyebut, pihak polis telah menjumpai lapan Molotov koktail, mercun, parang, pisau bersama-sama t-shirt berlogo BERSIH 2.0 kemeja-T di beberapa lokasi dan menggambarkan pihak BERSIH mahu melakukan huru-hara dalam negara.

Dalam keterangan pihak polis, rampasan itu berkemungkinan akan digunakan dalam perhimpunan 9 julai.

Sekarang orang boleh menilai, mana realiti dan mana provokasi. Setakat permainan ‘silap mata’ dengan bermodalkan molotov koktail, parang dan senjata tajam bersama dengan selonggok baju bertatahkan BERSIH 2.0, itu semua permainan kuno untuk memerangkap seseorang.

Tak kan kita lupa, bagaimana anak gadis dan wanita kita diperdaya oleh warga asing untuk menyelinap dadah dari Malaysia ke luar negara. Bukan payah sangat pun, polis pun lebih tahu perkara ini kerana mereka yang menghidu perbuatan warga asing ini yang menggunakan wanita sebagai taktik untuk melepasi kawalan ke luar negara untuk pengedaran dadah.

Warga asing boleh meletakkan dadah dalam beg wanita Malaysia yang tidak tahu apa-apa, dengan sedikit modal tipu daya konon dijanjikan kerja dengan gaji lumayan di luar negara, terus terpikat. Namun bila sampai ke destinasi, barulah mereka tahu mereka sedang ditipu dan nasi sudah menjadi bubur selepas wanita berkenaan ditangkap dan didakwa mengedar dadah.

Bagi anda, apakah wanita berkenaan berniat untuk mengedar dadah sedangkan mereka tidak tahu dadah ada bersama mereka.


KEMAS DAN RAPI: Molotov koktail dlam botol plastik (kelakar) bagai sudah tersedia oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan BERSIH 2.0.
Jadi, bukan pelik jika Molotov koktail, bom, parang, senjata tajam dan sebagainya juga digunakan untuk mengenakan seseorang atau kumpulan tertentu bagi memberi gambaran negatif terhadap kumpulan berkenaan.

Sama macam cerita dadah tadi, bukan susah nak meletakkan Molotov, parang dan senjata tajam bersama-sama dengan t-shirt berlogokan BERSIH 2.0 dan dalam masa yang membuat tuduhan BERSIH mahu menghuru-harakan negara, mahu memberontak dan sebagainya.

Dan bukan pelik juga, benda-benda provokasi itu semua juga boleh diletak bersama-sama t-shirt berlogokan keris dan dacing (Umno-BN).

Padahal, PERKASA dan NGO berkaitan Umno turut berikrar sebelum ini untuk berhadapan dengan BERSIH 2.0 apabila mahu mengadakan perhimpunan lain serentak dengan BERSIH 2.0 sambil ada pemimpin NGO Umno berkenaan yang tak berselindung lagi memberi gambaran, konon mereka tak jamin jika berlaku huru-hara. Yang lebih dahsyat, ada di kalangan mereka dengan bongkak, mereka tak dapat mengawal ahli mereka untuk melakukan sesuatu jika BERSIH 2.0 diadakan.

Tapi mereka ini ‘ditatang’ bagai minyak yang penuh oleh kerajaan dan pihak polis. Seakan-akan memang dari awal lagi ianya dirancang oleh orang-orang tertentu.

Apa yang pasti, pemimpin Umno sudah gelabah dengan kebangkitan rakyat dan otak mereka semakin tidak waras dan menggila tak tentu hala dengan ‘menghalalkan’ pihak polis menangkap beberapa pemimpin dan aktivis yang terlibat dengan BERSIH 2.0.

Rupa-rupa, yang disangka gagah kerajaan BN selama ini hanyalah suatu mainan psikologi dan persepsi semata-mata. Padahal mereka adalah pengecut dan penakut yang hanya berani berada di belakang dan celah-celah ketiak polis yang bersenjatakan gas pemedih mata dan sebagainya.
Dikuasakan oleh Blogger.