Header Ads

Muka ‘Bangla PATRIOT’ ini ke yang dapat mengundi dalam PRU nanti?

WarkahDaily – Korang tahu kan, 9 Julai lepas kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pihak polis telah ‘menyerang’ rakyat sendiri dengan water canon dan bom berasap kerana tak mahu terima tuntutan rakyat terhadap pilihanraya yang telus dan adil.

Seolah-olah negara kita ini tidak punyai undang-undang, sesuka hati mengharamkan kempen mendesak kerajaan berlaku adil dalam pilihanraya sehingga kerajaan BN terus menerus melayan rakyat sendiri seperti komunis di hutan.

Di sebalik rakyat menuntut pilihanraya adil dan telus itu, wujud juga beberapa kumpulan sorak bergelar barua Umno-BN tidak bersetuju dengan tuntutan rakyat. Mereka cuba mengganggu perhimpunan aman rakyat yang disertai rakyat pelbagai kaum yang bergerak dengan satu matlamat.

Kumpulan sorak ini terdiri daripada PERKASA dan pemuda Umno yang turut cuba mengadakan perhimpunan pada hari yang sama konon mempertahankan kedaulatan negara.

Kerana terdesak mahu memperlihat rakyat turut member sokongan padu kepada kumpulan mereka seperti yang diperolehi kumpulan BERSIH 2.0, mereka tidak perasan kot, perhimpunan mereka disertai rakyat negara lain dan bukannya rakyat negara sendiri.

Pemuda Umno yang cuba menggerakkan PATRIOT pada hari berkenaan yang diketuai Khairy Jamaluddin turut memperlihatkan kekuatannya mengumpul rakyat Malaysia mempertahankan Malaysia kononnya. Namun apa yang terjadi, muka-muka ‘mat Bangla’ yang memperagakan t-shirt subsidi dari pemuda Umno yang tertera PATRIOT bersuka-ria memberi sokongan padu kepada pemuda Umno.

Woi! Itu rakyat Malaysia ke rakyat ‘Bangla’? Yang semangat sakan depa ni dengan fesyen PATRIOT tu apahal? Depa ni dah dapat taraf kerakyatan Malaysia untuk mengundi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya umum nanti ke? Yang dalam gambar tu dapat mengundi kat Dun mana, Parlimen mana?
Dikuasakan oleh Blogger.