Pasca BERSIH 2.0: Sambutan luar jangka ceramah di Perak

RIBUAN hadiri membanjiri ceramah pasca BERSIH 2.0 peringkat negeri Perak di Bukit Jana Kamunting, Taiping pada Rabu, 13 Julai 2011.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan penceramah khas daripada Kuala Lumpur yang juga anak saudara kepada Allahyarham Baharudin yang meninggal ketika menyertai Himpunan Bersih Sabtu lalu.
Ustaz Abu Bakar Hussain telah mendeklimasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, A Samad Said pada malam itu.

PENCERAMAH: Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar (tengah), AJK PAS Pusat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin (kanan), Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain (kiri) dan penceramah khas.
Dato’Mahfuz pula dalam ucapannya menyeru kepada semua ahli PAS supaya tidak memarahi polis kerana mereka hanya mengikut arahan UMNO. “ saya ingin katakan kepada seluruh ahli PAS suapaya tidak memarahi polis kerana mereka telah menjadi kuda tunggangan Barisan Rasional, “ katanya sambil disambut dengan laungan takbir. -Pas Perak
Post a Comment