Header Ads

Pekerja am mengaku salah rakam aksi wanita dalam tandas

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.