Header Ads

PEMAIN Singapura lebih teruk daripada Cristiano Ronaldo!

PEMAIN Singapura lebih teruk daripada Cristiano Ronaldo!

Setiap kali di tolak atau menerima rempuhan pemain Malaysia pasti pemain mereka terbaring sambil meronta-ronta kesakitan.

Itu mungkin taktik skuad Radojko Avramovich untuk memastikan Singapura mengekalkan kelebihan defisit gol bagi mara ke pusingan ketiga.

Malah, lima pemain import Singapura layak digelar ‘Diving Imports’ kerana terlalu taksub tersungkur, terpelanting atau pura-pura pitam setiap kali menerima sentuhan pemain Malaysia.

Daripada Shi Jiayi dan Qiu Li (China), Aleksandar Duric (Bosnia) Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Daniel Bennett (England) berlumba-lumba mempamerkan lakonan mantap masing-masing.

Jijik, teruk dan tiada kelas! Itu yang boleh disimpulkan kepada tenaga import Lions.

Sebelum terlupa, penjaga gol Singapura Mohamad Izwan Mahbub juga menunjukkan lakonan mantap pada minit akhir perlawanan dan boleh tergolong dalam golongan penjaga gol paling lembik di Asia Tenggara. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.