Header Ads

PENGECUT: Permit bas dibeku, Puduraya dihenti operasi, 30 jalanraya ditutup, 91 orang dilarang masuk KL

WarkahDaily – Begitu hebat gerakan kebangkitan rakyat yang sedang dihadapi kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kerajaan terpaksa mengerahkan polis bertindak membabi-buta menahan, menangkap dan menyekat aktivis yang ada kaitan dengan Himpunan BERSIH 2.0 tanpa peruntukan undang-undang yang sah.

Pemimpin Umno-BN yang begitu bimbang kuasa mereka miliki sekarang ini tergugat, mula berselindung di sebalik tuduhan melulu konon mereka cuba menghalang keganasan dan huru-hara daripada berlaku di ibu negara untuk mengambil tindakan kejam menahan rakyat tanpa sebab munasabah semata-mata kerana t-shirt kuning. Tak ubah seperti Israel, Amerika dan sekutunya yang cuba memerangi Islam dengan alasan memerangi keganasan.

Yang bikin kecon bukan orang lain pun. Pemimpin Umno yang mempergunakan polis adalah punca segala-galanya. Jika mereka mempunyai minda terbuka dan tidak jumud, sudah pasti tindakan menahan, menangkap dan membuat bermacam-macam sekatan tidak perlu dilakukan.

Apa susah sangat nak benarkan perhimpunan aman yang disertai rakyat sendiri untuk meminta perjalanan pilihanraya lebih telus, bersih dan adil daripada suruhanjaya pilihanraya (SPR). Mereka ini bukannya mahu merosakkan harta-benda awam, bukan mahu memporak-peranda negara, bukan mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara penggulingan seperti yang didakwa menteri yang berotak udang yang terlalu bimbang kedudukan mereka tergugat.

Sungguh dangkal dan sempit sekali fikiran para pemimpin Umno-BN yang begitu terdesak dan tertekan sehingga mengerahkan pasukan keselamatan untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Permit bas dibekukan

Tindakan kebudak-budakkan pemimpin Umno dan pihak berkuasa apabila permit sementara perjalanan bas dibekukan pada 9 Julai semata-mata mahu menghalang rakyat menyewa bas untuk menghadiri BERSIH.

Apa yang mereka takut sangat dengan BERSIH? Padahal BERSIH bukannya mahu memberontak seperti yang didakwa menteri dangkal berotak udang. Pemimpin Umno bertindak sedemikian seolah-olah negara sedang berhadapan perang besar dengan musuh. Tapi yang pasti, kerajaan BN mahu memerangi rakyat sendiri daripada terus bangkit menuntut keadilan.

Pudaraya ditutup sementara

Bukan hanya bas tidak diberi permit, hentian bas pun mahu ditutupnya. Apa jenis manusia sehingga berfikiran sekolot itu mahu menutup sementara hentian Puduraya kerana bimbang dengan tuntutan rakyat sendiri. Amalan demokrasi di negara ini jelas sekali songsang dan jauh tersimpang dari dakwaan sesetengah pemimpin Umno konon Malaysia adalah negara demokrasi. Bukti depan mata.

30 jalan raya ditutup

Dayus sungguh sampai mahu menutup jalan raya bagi menyusahkan orang ramai dan dalam masa yang sama mahu menyekat rakyat sendiri menuntut pilihanraya bersih.

Kerana berfikiran sempit dan pondan, rakyat terpaksa berhadapan kesukaran dan kesusahan untuk bergerak. Tuduhan awal polis konon Himpunan BERSIH 2.0 memberi kesusahan kepada orang awam jauh meleset. Padahal yang menyukarkan keadaan dan memberi kesusahan kepada rakyat ialah polis sendiri hasil arahan pihak atasan yang terdiri daripada pemimpin barua Umno-BN.

Jika tiada sekatan, himpunan dibenarkan secara aman diadakan, sudah pasti perkara sebegini tidak akan berlaku. Ini tidak, sebelum berlaku apa-apa lagi, pihak polis sudah mula bersangka buruk dan cuba menabur fitnah dan melakukan provokasi jahat terhadap Himpunan BERSIH 2.0 konon akan menimbulkan huru-hara kepada negara, ada kaitan dengan komunis dan sebagainya.

91 orang ‘diwanted’ dari memasuki KL

Apa jenis makhluk yang begitu takut dengan bayang-bayang sendiri seperti budak-budak yang takut kepada hantu yang mereka tidak nampak.

Bahaya sangat ke beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan BERSIH yang disenarai hitamkan dari memasuki Kuala Lumpur 9 Julai ini. Kalau pemimpin PERKASA dan Pemuda Umno tu takdak la cuak sangat sebab mereka memang berniat buat kacau, ganggu perhimpunan BERSIH.
Dikuasakan oleh Blogger.