Header Ads

Pertahanan Harimau Malaya perlu berdisiplin – Aidil

WarkahDaily – Ketika perlawanan pertama bertemu Singapura di Stadium Jalan Besar, pertahanan Malaysia dilihat kucar-kacir dan melepaskan gol mudah kepada pihak lawan, kata Aidil Zafuan Abd Radzak.


Penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali dan rakan sepasukan gigih berlatih di sesi latihan semalam menjelang perlawanan menentang Singapura, malam esok. | foto BHarian
Keadaan itu perlu diberi perhatian oleh pemain pertahanan Harimau Malaya dengan member penekanan terhadap disiplin dan fokus yang tinggi terhadap permainan menjelang perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

“Saya akan tekankan aspek disiplin selepas ini kerana pada perlawanan lalu, kita dapat lihat bahagian pertahanan kelam-kabut dan Singapura mengambil kesempatan untuk menyumbat gol yang mudah.

“Komunikasi antara rakan sepasukan juga penting dan saya akan sentiasa lakukan perkara tersebut kerana jika tiada komunikasi sudah pasti kesilapan kecil akan berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai penyerang utama Singapura Aleksandar Duric, Aidil berkata pemain itu perlu dirantai dan tidak boleh dibiarkan bebas bergerak terutamanya di dalam kotak penalti.

“Duric adalah kekuatan Singapura dan kami perlu mengawalnya pada perlawanan nanti. Lagipun dia mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kelemahan kita adalah bertubuh kecil sedikit daripada pemain itu.,” kata Aidil lagi.

Dalam perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-5. Singapura dilihat mendapat gol mudah kerana dikatakan para pemainnya begitu selesa dengan padang rumput tiruan dan menjadi masalah kepada skuad Rajagopal.

Bagi Rajagopal, perlawanan malam esok, skuadnya menjadikan detik cemas ketinggalan gol itu sebagai tonik untuk bangkit seperti mana ketika kejohanan Piala AFF Suzuki, Malaysia ketinggalan pada awalnya dan mampu bangkit sehingga menjuarai trofi berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.