Header Ads

Polis ingat rakyat Malaysia semuanya buta, Timb. Presiden PAS sedia peguam

WarkahDaily - Cara nak menyelamatkan diri, macam-macam helah atau dalih untuk nafi terlibat dengan peristiwa kekejaman 9 Julai.


Siapa yang kejam sangat tu, bukan polis ke?
Kalau tinggal di negara semua rakyatnya buta, taklah susah-susah bagi polis duk kumpul bukti untuk menafikan tindakan rakusnya membantu pemimpin Umno-BN menghalang rakyat daripada mengadakan Himpunan BERSIH 2.0 secara aman untuk menuntut pilihanraya telus, adil dan bersih.

Tapi mereka semua silap. Malaysia didiami oleh penduduk ramai yang mempunyai mata terbuka. Kalau warga Malaysia yang menjadi penggemar berita Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan segala media pro Umno-BN, sudah tentu ianya menjadi begitu mudah buat polis menafikannya. Sebab para penggemar media pro Umno-BN ini memang sekadar reti membaca akhbar tempatan yang suka berita yang bertaraf negara dunia ketiga. Katak di bawah tempurung.

Tapi yang menyukarkan buat polis, rakyat Malaysia kini bukan lagi seperti di zaman 60-an atau 70-an. Mereka kini sudah memasuki era langit terbuka. Bermacam-macam alternatif berita yang lebih tepat dan telus dapat mereka perolehi. Tambah-tambah lagi berita kezaliman 9 Julai.


'Bagusnya' layanan polis Malaysia.
Banyak agensi berita luar negara termasuk AlJazeera turut membuat liputan. Banyak gambar yang mereka tayang berkaitan tindakan polis menghalang rakyat berdemonstrasi secara aman dengan bedilan bom asap, water canon dan tangkapan mengalahkan komunis. Rakyat bukan mudah ditipu.

Setakat mahu menayang video yang dah berapa kali edit dan ditapis oleh lembaga yang tidak bertauliah kerana berkepentingan diri sendiri, rakyat tahu lebih dari itu. Gambar-gambar rakyat diserang, ditangkap secara ganas tu datang dari mana kalau bukan polis. Siapa yang berpakaian seragam polis yang menyekat rakyat secara ganas tu? Ada orang awam memakai pakaian poliskah?

Timbalan Presiden PAS ambil peranan

Bukti jelas, bagaimana Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dirempuh kereta Proton Waja yang dimiliki polis sehingga terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak tetapi polis mendakwa Mohamad Sabu menipu dan mendakwa beliau terjatuh dari kenderaannya kerana terlanggar 'fender' Pajero.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan polis oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

Polis turut menunjukkan rakaman CCTV berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Ekoran dakwaan itu, Mohamad Sabu telah mengarahkan peguam Mohamed Hanipa Maidin menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis.

Dipetik dari Harakahdaily, Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

"Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Menurut Hanipa (gambar kanan) yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

"Saya dirempuh Proton Waja Polis"


Motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tersepit antara Pajero dan Proton Waja Polis...dipetik dari video yang dikeluarkan PDRM kelmarin.
Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.