Header Ads

Pondan takut t-shirt kuning

WarkahDaily – Memang pelik, TPM Muhyiddin Yassin kata ‘Road To Putrajaya’ yang diusahakan Pakatan Rakyat (PR) hanya sekadar gimik dan perang psikologi semata-mata. Bagi Muhyiddin, rakyat kononnya masih lagi percaya dengan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah.

“Itu perang psikologi mereka mulakan untuk membetulkan fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia main psikologi menang, sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan,” kata Muhyiddin ketika lawatan ke Amerika.

Tapi dalam masa yang sama, mereka ini kelihatan takut tak tentu arah dengan aura Himpunan BERSIH 2.0 yang belum lagi diadakan, namun sudah mula bertindak seperti orang hilang akal dengan menggunakan polis sebagai baruanya untuk menangkap sesiapa yang ada kaitan dengan himpunan berkenaan.

Yang lebih menggelikan hati, bagaimana mungkin kerajaan yang mendakwa mendapat kepercayaan rakyat dan masih dipilih rakyat tetapi begitu takut dengan aura kemeja-T berwarna kuning.

Dimanakah kuatnya Umno-BN jika baju kemeja-T pun mereka takut sehingga bertindak seperti pondan menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja-T berwarna kuning.

Yang paling memalukan, Menteri di bahagian Kementerian Dalam Negeri bertindak seperti budak-budak yang sedang berebut gula-gula kerana terpaksa mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning. Memang tidak masuk akal bagi sebuah negara yang didakwa mengamalkan sistem demokrasi.

Undang-undang rimba mana barua-barua Umno-BN ini guna sehingga pemakaian kemeja-T pun mereka boleh haramkan. Betapa rendahnya taraf pemikiran kuno seorang menteri jika ianya berlaku sedemikian.

Memang jelas sekali, Malaysia sedang mengamalkan undang-undang ‘pak pandir’ kerana sesuka hati mengharamkan sesuatu yang remeh (haram kemeja-T kuning) tanpa merujuk mana-mana akta atau undang-undang sedia ada.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar kanan) berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan BERSIH 2.0 diharamkan kerana konon ia ada kaitan dengan perhimpunan haram.

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata Hishammuddin.

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.

Banyak lagi benda yang lebih berbahaya berbanding kemeja-T kuning BERSIH 2.0 untuk diharamkan kerajaan. Di luar sana, bermacam-macam bahan cetak, baju bergambar porno, tengkorak, ganas, bahan lucah yang lebih berbahaya kepada masyarakat sehingga boleh merosakkan akal dan moral pemuda-pemudi.

Yang tak menutup aurat tidak pulak diberi perhatian. Yang pakai pakaian tak senonoh, terbuka sana-sini tidak pula ditahan. Inilah negara Malaysia yang didakwa negara Islam.

Tapi, itu semua dibutakan dari pandangan mereka kerana tidak memberi kesan kepada kuasa mereka. Tetapi, kemeja-T BERSIH 2.0 yang dipakai rakyat yang mahu menuntut pilihanraya adil, telus dan bersih pula menjadi mangsa diharamkan. Kata Mohamed Sabu, Malaysia memang negara jakun.

Padahal, rakyat sepatutnya dibenarkan berhimpun kerana tiada undang-undang yang boleh menghalang rakyat daripada berbuat demikian. Lebih-lebih lagi nak halang dan haram penjualan dan pemakaian kemeja-T kuning BERSIH 2.0, pihak polis tidak berhak berbuat demikian dan menjadi pak turut kepada kerajaan bacul lagi pengecut itu.

Sejak seminggu lalu, polis mula bertindak menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “BERSIH 2.0”.
Dikuasakan oleh Blogger.