Header Ads

Seluruh muslimah perlu 'contohi' Rosmah Mansor

WarkahDaily – Syukur alhamdulillah penulis ucapkan apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor cuba memperlihatkan perubahannya yang sentiasa mendapat kecaman selama ini.

Tak pasal-pasal penulis WarkahDaily Online pun mahu ‘memuji’ isteri Datuk Seri Najib Razak. Apa tidaknya, Rosmah Mansor yang dikecam selama ini kerana turut terlibat dengan pertunjukan konon fesyen bercirikan Islam tetapi mempunyai tulisan menghina Islam pada pakaian seorang model yang memperagakan pakaiannya.


Fesyen menghina Islam yang diadakan oleh IFF yang dinaungi isteri Perdana Menteri.
9 Ogos tahun lepas, satu penghinaan ke atas umat Islam apabila satu Festival Busana Muslim telah diadakan di Monte Carlo. Pada festival berkenaan, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai pada dada salah seorang model fesyen yang tidak menutup aurat. Baca seterusnya di sini.

Namun kini, dalam jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat lepas, Rosmah dilihat cuba memulihkan imejnya yang terpalit dengan macam-macam kontroversi telah pun mencadangkan agar Festival Fesyen Islam (IFF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.

Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.

"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya.

Tahniah la buat Rosmah, tapi tutup aurat bukan kerana industri je semata-mata tetapi sebagai menepati syariat yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Namun apa yang menjadi persoalan, Rosmah sebagai penaung kepada IIF yang mencadangkan fesyen menutup aurat tu bila lagi nak menutup aurat? Jangan cadang je, tetapi tunjukkan contoh dan tauladannya dahulu.

Penulis WarkahDaily Online merasakan, Rosmah boleh jadi idola kepada yang belum lagi mendapat seru untuk menutup aurat secara keseluruhan agar apa yang diharapkan oleh Rosmah dalam majlis makan tengah hari IFF tu bukan sekadar hiasan mulut semata-mata dan bukannya kerana menurut perintah Allah.

Dipetik dari Bernama, Rosmah teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya.

Bagi penulis, tak kan nak tunggu pakaian menutup aurat tu mendapat di seluruh dunia dan semua shopping complex, baharulah ketika itu hati Rosmah terdetik nak memakainya?
Dikuasakan oleh Blogger.