Header Ads

Skuad Olimpik negara berdepan laluan sukar

Skuad Olimpik negara, bimbingan Ong Kim Swee diundi dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun dalam Pusingan Ketiga, kelayakan Olimpik London 2012.

Di atas kertas, Jepun dilihat sebagai calon utama layak ke temasya sukan terbesar dunia itu tahun hadapan.

Bagaimanapun, Malaysia muncul sebagai antara 12 pasukan terbaik rantau Asia yang sudah mempunyai pengalaman menentang pasukan daripada Asia Barat, Lubnan di pusingan kedua, bulan lalu.

Malaysia memulakan aksi Kumpulan C bertemu Jepun di Tokyo pada 21 September ini.
Dikuasakan oleh Blogger.