SUV pertama Proton?

Dipetik dari laman sembang-auto.com, gambar spy shot SUV Youngman hasil kerjasama syarikat automotif dari negara China dengan anak syarikat Proton iaitu Lotus Engineering. SUV tersebut mempunyai design cues MPV Exora terutamanya pada bahagian hadapan, menunjukkan kemungkinan ianya menggunakan platform Exora yang boleh diubah suai untuk SUV dan kenderaan sedan besar.

Kebarangkalian enjin Campro yang sinonim dengan Proton juga turut menjadi pilihan untuk model ini.
Campro CFE 1.6 turbo charged berkemungkinan menjadi pilihan untuk SUV Proton.
Tapi sampai bila Proton mahu guna enjin hanya berkapasiti 1.6 dan bukan 1.8 atau 2.0 agar bersesuaian dengan model kenderaan yang dikeluarkan.
Post a Comment