Header Ads

Terkini kelayakan Piala Dunia: Singapura memang layak mendahului Malaysia 4-1

WarkahDaily – Realiti buat masa ini, Singapura memang layak berada di hadapan dengan mendahului Malaysia 4-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Tiada apa yang perlu diperkatakan jika rentak permainan tuan rumah yang banyak melakukan gerakan pantas, hantaran tepat dan mutu kawalan bola yang bagus terus menjadi igauan anak-anak buah Rajagopal yang dilihat masih lagi dibuai mimpi juara Asia Tenggara.

Namun apa yang dipertontonkan malam ini jauh sekali berbeza dengan cara permainan pemain Singapura yang lebih yakin dengan kawalan bola.

Walaupun Malaysia memperolehi gol awal di minit pertama permainan melalui Safee Sali. Namun, Singapura bangkit dengan serangan pantas melalui ‘importnya’ sehingga memperolehi gol penyamaan melalui sepakan percuma.

Singapura sekali mendapat sepakan percuma dan juga memperolehi gol untuk mendahului Malaysia 2-1. Gol ketiga Singapura diperolehi melalui serangan pantas dan rambatan kencang penyerang ‘importnya’ terus menerjah gawang.

Minit kecederaan separuh masa pertama, Singapura menambah lagi derita buat anak-anak buah Rajagobal dengan menjadikan 4-1.

Padang ‘sintetik’ tidak lagi boleh dijadikan alasan jika begitu teruk permainan skuad Harimau Muda tunjukkan sehingga begitu mudah penyerang ‘import’ Singapura memasuki kawasan bahaya Malaysia sehingga begitu mudah pula menjaringkan gol ibarat pemain Malaysia sedang ‘dipukau’ di atas padang.

Jika keadaan ini berterusan, Malaysia harus menerima kenyataan, juara Piala AFF Suzuki tempoh hari sekadar nasib semata-mata.

Malaysia perlu bangkit jika mahu layak ke peringkat seterusnya. Sekurang menjarakkan kedudukan atau seri pada mala mini. Jika tidak, ucaplah selamat tinggal sebelah kaki untuk layak.

Laporan berkaitan: [Separuh masa kedua] Keputusan kelayakan Piala Dunia: Singapura menang ke atas Malaysia 5-3
Dikuasakan oleh Blogger.