Header Ads

TERKINI! Najib dimalukan: Peringatan awal buat Najib dari rakyat Malaysia sebelum PRU 13

WarkahDaily – Ringkas, Najib makin tak senang duduk dengan capaian keputusan secara tidak langsung daripada hasil dua sambutan dua ‘page’ laman sosial Facebook.


Pertama, 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation, iaitu ‘page’ Facebook yang mengajak pengguna Facebook (rakyat Malaysia) mendesak perletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri kini sudah mencatat angka 210,669 orang menyukainya setakat 27 Julai jam 12.00 tengah hari mengikut tinjauan yang dilakukan pihak WarkahDaily Online hari ini. Laman ini telah dibina pada 11 Julai lalu.

Sambutan terhadap ‘page’ ini dilihat makin bertambah setiap hari dan boleh menjangkau ratusan ribu rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook menyokong desakan Najib letak jawatan.

Kedua,3,000,000 People Want Najib To Stay, ‘page’ Facebook yang mengajak pengguna Facebook (rakyat Malaysia) menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri.


Kehadiran ‘page’ ini mungkin disebabkan ‘page’ Facebook yang diusahakan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan mendapat sokongan luar biasa, maka para penyokong Perdana Menteri dari barua Umno-BN menjadi gelabah dan hilang arah dan cuba membina ‘page’ yang sama di Facebook.

Mungkin ada pihak tertentu yang panik dah gelabah sehingga mengarahkan usaha yang sama dilakukan bagi memperlihatkan Najib masih diterima rakyat.

Namun hasilnya amat memalukan sejak 15 Julai lalu ianya dibina dan jelas sekali ramai penggunakan Facebook (rakyat Malaysia) mahukan Najib letak jawatan sebagai PM.

Setakat 27 Julai jam 12.00 tengah hari, sekadar 363 orang sahaja pengguna Facebook yang menyukai (menyokong) laman ini.

Keadaan ini memberi satu signal kepada Najib, rakyat Malaysia mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan pada masa yang sama, sudah tidak mahu lagi kerajaan BN memerintah Malaysia akibat pelbagai penyalahgunaan kuasa dan korupsi berlaku ketika di bawah pemerintahan beliau.

Pasti Najib tidak tidur nyenyak dengan keputusan ini kerana ia memberi satu peringatan awal buat Najib dan Umno-BN sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13 diadakan.

p/s: Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Dikuasakan oleh Blogger.