Header Ads

TERKINI: Pertahanan Harimau Malaya kucar-kacir lagi

WarkahDaily – Nampaknya pertahanan skuad Harimau Malaya masih tidak serik dengan kesilapan di Stadium Jalan Besar tempoh hari apabila terus menerus memberi peluang mudah buat penyerang Singapura menembusi kubu Negara dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Perlawanan setakat ini berkesudahan seri 0-0.

Perlawanan separuh masa pertama sudah pun tamat sebentar tadi, skuad Rajagopal kelihatan tertekan dengan asakan bertubi-tubi pemain Singapura yang melakukan hantaran jauh untuk memasuki kubu Malaysia.

Pertahanan negara terus Nampak goyah apabila ketiadaan Aidil Zafuan yang terpaksa keluar kerana kecederaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya dan diganti dengan Muslim.

Pemain Singapura melakukan tekanan terhadap pemain Malaysia yang perlu kepada gol awal dengan serangan psikologi melambat-lambat permainan.

Sesekali Malaysia mempunyai peluang namun tidak dimanafaat dengan baik oleh penyerang walaupun Safee Sali cuba melepasi benteng pertahanan Singapura.

Hantaran lemah dan kawalan bola tidak tepat masih lagi menjadi kesilapan mudah buat pemain Malaysia di samping memegang bola dengan lama sehingga mudah diasak pemain Singapura.

Malaysia perlu menang 2-0 dalam perlawanan malam ini jika mahu melayakkan diri ke peringkat seterusnya kerana skuad Rajagobal ketinggalan dua gol ketika perlawana pertama di Singapura. Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura.

Bagi penulis, Ismail Farouqi yang dilihat kurang kemas kawalan bolanya seharusnya ditukarkan dengan Badrul Bakhtiar kerana banyak ruang yang dimilikinya dibazirkan dengan begitu mudah.

Nampak skuad Malaysia begitu terkesan dengan ketiadaan kapten Safiq Rahim yang tidak dapat beraksi pada mala mini kerana sudah mengutip kad merah di Singapura tempoh hari.

Rajagopal seharusnya memasukkan Ashari Shamsuddin lebih awal supaya serangan Malaysia dari dua penjuru nampak lebih tajam. Namun, segala percaturan terletak di bahu Rajagopal dan beliau lebih tahu kebolehan skuadnya.

Malaysia harus bangkit segera!

Dikuasakan oleh Blogger.