Header Ads

Tiada jawatan untuk Thaksin

BANGKOK: Bakal perdana menteri wanita pertama Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menafikan spekulasi abangnya, Thaksin Shinawatra akan diberi jawatan khas di dalam kerajaan pimpinannya.


Bakal Perdana Menteri wanita pertama Thailand, Yingluck Shinnawatra dalam sidang media selepas diumum memenangi pilihanraya Thailand.
Yingluck memimpin kempen pilihan raya parti pembangkang Puea Thai sehingga memenangi pilihan raya umum Ahad lalu dan bergabung dengan empat parti untuk membentuk kerajaan campuran.

Beliau menafikan laporan bahawa Thaksin, bekas perdana menteri yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 mungkin menjadi duta perdagangan kerajaan.

“Abang saya tidak akan diberi sebarang jawatan khas. Beliau hanya mahu memberi sokongan moral dan nasihat serta mahu melihat negaranya berdamai,” katanya mengenai Thaksin yang kini hidup dalam buangan di Dubai bagi mengelak dihukum penjara akibat kesalahan rasuah.

Thaksin baru-baru ini berkata tidak berminat memegang jawatan kerajaan tetapi menyuarakan harapan untuk hadir ke perkahwinan anak perempuannya di Thailand pada Disember depan.
Dikuasakan oleh Blogger.