Header Ads

[Video] Jepun catat sejarah rangkul Piala Dunia Wanita buat pertama kali

Tonton video di bawah posting


Pasukan Jepun menjulang trofi selepas memenangi kejohanan Piala Dunia bola sepak wanita FIFA 2011 menewaskan Amerika Syarikat di Frankfurt, semalam. | foto Reuters
WarkahDaily – Menakjubkan buat pasukan yang pertama kali merangkul Piala Dunia Wanita FIFA 2011 yang berlangsung di Jerman iaitu Jepun selepas menewaskan Amerika Syarikat dengan penentuan sepakan penalti selepas berkesudahan seri 2-2 selepas masa tambahan.

Jepun menang sepakan penalti 3-1 semalam selepas Homare Sawa menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat masa tambahan dan memaksa Amerika keperitan menerima kekalahan selepas mendahului 2-1 pada awalnya.

Saki Kumagai menjadi wira Jepun selepas menyepak masuk sepakan penalti menjadikan keputusan 3-1.

Kemenangan itu mencatat satu sejarah buat negara matahari terbit itu untuk merangkul piala berprestij kejohanan bola sepak wanita dunia.





Video sepakan penalti

Dikuasakan oleh Blogger.