Header Ads

[Video] PAS tolak kaedah biometrik SPR

WarkahDaily - PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS tetap mahukan penggunaan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

PAS mengambil keputusan menolak penggunaan sistem biometrik itu selepas mengadakan perbincangan antara pemimpin tertinggi PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS kelmarin.

Kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem computer, jelas Husam.

“Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih.

“Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali,” kata Husam dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Sebelum ini, SPR mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.

“Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan,” katanya.

Kerana itulah, BERSIH 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, namun SPR menolak penggunaan dakwat kenal dan mahu menggunakan sistem biometrik.

“Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh BERSIH 2.0 baru-baru ini," tegas Husam.

Dikuasakan oleh Blogger.