Header Ads

[Video] Usaha menderhakai titah Tuanku Mizan dari ‘pemimpin atasan’

WarkahDaily – Kalau ini dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sudah tentu berbulan-bulan dimainkan dalam akhbar dan televisyen tetapi penderhakaan ini dilakukan oleh pemimpin atasan kerajaan Barisan Nasional (BN).


“Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” kata Pak Samad ketika sidang akhbar selepas dihalang polis 9 Julai lepas. | foto Malaysiakini
Sejarah memang tertulis begitu di bumi Malaysia, hanya pemimpin sahaja yang derhaka, tapi pemimpin Umno-BN tidak walaupun dengan kata biadap ‘Kami Nak Deris Natang!’ oleh Umno-BN Terengganu terhadap tuanku sultan.

BERSIH 2.0

Dalam isu perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas, pemimpin Umno-BN lebih awal cuba menutup pintu rundingan dan terus mengharamkan perhimpunan itu. Namun perhimpunan berkenaan tetap diadakan dan mendapat sambutan luar biasa rakyat Malaysia.

Apa yang mendukacitakan, pemimpin Umno-BN mempergunakan polis untuk meleraikan peserta himpunan dengan cara kekerasan dan tidak bertamadun.

Antara aktivis yang mendapat layanan buruk pihak polis ialah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (Pak Samad). Dipetik dari Tranungkite.net, satu video menunjukkan layanan buruk yang diterima Pak Samad yang dihalau tanpa dapat berunding. Malahan beliau dan para pengikutnya ditakutkan dengan ugutan menggunakan kekerasan oleh pihak polis.

Kaitan derhaka raja dengan Pak Samad

Sebelum Himpunan BERSIH 2.0 diadakan, Pak Samad dan beberapa penggerak Himpunan BERSIH 2.0 telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menerangkan keadaan sebenar perhimpunan tersebut selepas Tuanku Mizan mengeluarkan titah kepada kerajaan agar menyelesaikan sebarang masalah dengan cara perundingan.

Pak Samad yang turut serta menyebut, dia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan memorandum dari BERSIH 2.0 berkaitan tuntutan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

Ada beberapa isu yang perlu kita fikirkan

Satu video di Tranungkite.net ini, menjelaskan segala-galanya berkaitan ‘perundingan’ yang diterima aktivis Himpunan BERSIH 2.0 dengan pihak polis.

Pak Samad menerangkan yang dia dibenarkan untuk sampai memorandum kepada tuanku sultan.

“Saya telah mengadap Agong, Agong bilang boleh sampaikan!,” jelas Pak Samad.

Namun pihak polis berkata mereka dapat arahan tidak benarkan penyerahan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keadaan itu menimbulkan satu keraguan apabila Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima memorandum dari pihak BERSIH 2.0 namun pihak polis dikatakan menerima arahan sebaliknya.

Ada pihak yang cuba sabotaj? Siapa yang cuba memberi arahan berlawanan dengan apa yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong? Siapa pula yang lebih Agong dari Agong? Apakah OCPD atau ada seseorang lain itu lebih Agong dari Agong?.

Pasti ada arahan pemimpin tertinggi kerajaan BN yang cuba berselindung di sebalik keselamatan negara cuba mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong. Dengan kata lain, ada usaha menderhakai titah Tuanku Mizan dari ‘pemimpin atasan’.

Polis ingkar perintah Agong

Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan agar menyelesaikan masalah secara berhemah dan adakan perundingan. Tuanku Mizan juga menitahkan kerajaan berlaku adil dalam pemerintahannya.

Namun, hak perundingan dari pihak BERSIH 2.0 ditutup rapat oleh pihak polis atas arahan pihak atasan. Awal-awal lagi pintu rundingan ditutup dan kekerasan menjadi pilihan pihak polis untuk menyelesaikan masalah.

Tapi apa yang dilaporkan di media massa, akhbar arus perdana dan televisyen yang menjadi tali barut Umno-BN adalah sebaliknya. Polis dikatakan menyuraikan peserta Himpunan BERSIH 2.0 dengan cara berhemah dan profesional, tiada berlaku kekasaran dan kekerasan, polis amat baik dan sebagainya.

Namun, melalui video , gambar atau laporan media baru dan alternatif termasuk dalam dan luar negara jelas sekali memperlihatkan kekerasan layanan polis terhadap peserta BERSIH 2.0.

Peserta BERSIH 2.0 diugut akan dikasari jika meneruskan himpunan. Polis cuba memberi arahan keras, “Bersurai serta merta atau saya surai dengan KEKERASAN”.

Pak Samad yang diperkenan Agong untuk mnyerahkan memorandum pun dihalau tanpa rundingan hingga berliau terpaksa beredar tanpa dipedulikan oleh pegawai polis yang ditempatkan di situ.

Jelas sekali, titah Yang di-Pertuan Agong telah dibakul sampahkan oleh pihak tertentu dari kerajaan Umno-BN. Ini menunjukkan satu penderhakaan yang nyata pihak pemerintah terhadap raja.

Dikuasakan oleh Blogger.