Header Ads

Woi Pemuda Umno!, Himpunan BERSIH 2.0 berlaku kerana rundingan dihalang

WarkahDaily – Apa punya jenis manusia pemuda Umno ni, bila dah selesai semua, baru berani buka mulut dan berlagak hero. Piiirahhh!!!!


Ketua Pemuda Umno Putrajaya.
Himpunan BERSIH 2.0 dah berlalu, tapi barua Umno-BN ambil kesempatan untuk berkokok sekarang. Kenapa ketika belum terjadi himpunan berkenaan, hangpa pi cadangkan kat bos hangpa tu, Najib Razak agar berunding dengan legasi BERSIH 2.0.

Kalau Najib dan barua-barua sekelilingnya ini berani dan tak bacul untuk bertemu dan berunding dengan kumpulan BERSIH 2.0 bagi membincangkan pilihanraya yang bersih dan telus seperti mana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan agar selesaikan masalah dengan cara perundingan, sudah tentu kejadian serangan polis terhadap rakyat sendiri tidak akan berlaku.

Tak payah susah-susah rakyat berkumpul di Kuala Lumpur untuk berhimpun menuntut pilihanraya bersih dan telus, sudah tentu kesesakan lalulintas di ibunegara tak akan berlaku kerana polis tak perlu lakukan sekatan jalanraya, dah tentu kerajaan tak perlu keluar belanja yang besar untuk menyediakan bom pemedih mata, air water canon untuk serang rakyat, dan yang pasti, tak payah susah-susah polis dikambing hitamkan dengan mengarahkan mereka ini bekerja siang malam untuk menahan aktivis BERSIH kerana t-shirt kuning dan polis tak pula perlu menyedia makanan yang mengeluarkan belanja yang besar.

Tapi kerana Najib dan Hishamuddin yang bacul dan bongkak kerana tak mahu perundingan diadakan dan hanya reti memperkatakan BERSIH 2.0 adalah haram, maka berlakukan demonstrasi. Itu pun berlaku secara aman tetapi pihak polis cuba menghuru-harakan keadaan dengan serangan ganas terhadap peserta himpunan.

Tapi pemuda Umno Putrajaya baru sekarang nak berkokok, pembaharuan sistem pilihan raya boleh dilakukan dengan betul tetapi menegaskan, ia bolah dibuat melalui dialog awam dan debat bukan ‘demonstrasi jalanan’.

Woi!, kenapa baru sekarang hangpa nak bermadah manis semacam itu? Dulu kenapa tak mahu diadakan perundingan dan pertemuan? Kenapa, dulu pengecut, kini baru berani?

“Pemuda Umno juga mahukan daftar pemilih dibersihkan, kami bersetuju bahawa sistem dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dikaji, tapi kita boleh lakukan tanpa demonstrasi jalanan,” kata Datuk Zaki Zahid, yang juga Ketua Pemuda Umno Putrajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Bersih 2.0 telah menemui kerajaan dan SPR ‘banyak kali’ sebelum 9 Julai, namun tiada usaha proaktif yang diambil pihak berkenaan.

“Saya rasa itu yang menyebabkan BERSIH 2.0 turun ke jalanan, untuk meneruskan tekanan agar transformasi pilihan raya dilakukan,” katanya Nik Nazmi.
Dikuasakan oleh Blogger.