Header Ads

Badminton Dunia BWF: Chong Wei mudah jinak Park Sung-hwan untuk ke suku akhir

Pemain pilihan utama Lee Chong Wei menempah tempatnya ke peringkat suku akhir Kejuaraan Dunia BWF selepas mempamerkan aksi mantap untuk membenam Park Sung-hwan semalam.


Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap untuk mara ke peringkat suku akhir Kejuaraan Dunia BWF semalam. | foto Getty Images
Wakil dari Korea tersebut memberikan aksi terbaiknya sepanjang pertembungan dengan Chong Wei namun ia masih tidak mencukupi untuk menandingi kehebatan pemain negara berusia 28 tahun tersebut sekaligus menyaksikan dia tewas dua set berturut-turut 21-10, 21-5.

Permulaan buruk pemain No. 9 senarai dunia tersebut memberikan peluang untuk Chong Wei mendominasi sepanjang perlawanan dan meninggalkan lawannya itu jauh ke belakang.

Chong Wei menjarakkan kedudukan pada set pertama dengan 4-1 seawal permainan dan kemudiaannya menjarakkan kedudukan dengan jauh untuk meraih mata kemenangan 21-10.

Set kedua Sung-hwan cuba mempamerkan kebangkitan tetapi kehebatan dan pengawalan gelanggang yang hebat dipamerkan Chong Wei sekali lagi menghampakan pemain Korea tersebut.

Beberapa pukulan ke tepi gelanggang dan hantaran mengelirukan yang dilakukan oleh Chong Wei ke pihak lawan nyata berjaya mengganggu fokus lawannya tersebut untuk memudahkan Chong Wei menamatkan permainan pada set kedua juga dengan jurang mata yang agak jauh.

Dengan kemenangan ini, Chong Wei yang juga juara dua kali Seluruh England melengkapkan kemenangan ke-12 peribadinya ke atas Sung-hwan di dalam 13 pertemuan. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.