Header Ads

Badminton dunia: Semua wakil negara layak ke pusingan kedua

Pasangan beregu lelaki Mohd Zakry Abdul Latif dan Hoon Thien How berjaya membuktikan kemampuannya dalam Kejohanan Badminton Dunia di London apabila mengejutkan pasangan Amerika Syarikat yang juga bekas juara dunia 2005 Howard Bach-Tony Gunawan di pusingan pertama.


Aksi Lee Chong Wei ketika menewaskan wakil Thailand, Saensomboonsuk Tanongsak dalam pertemuan pusingan pertama perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Arena Wembley, London semalam. | foto AP
Gandingan beregu negara itu dengan mudah menyingkirkan Howard-Tony 21-17, 21-14 untuk berdepan pasangan pilihan ke-10 dari Chinese Taipei, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu pada pusingan kedua hari ini.

Manakala dalam aksi perseorangan lelaki, seperti ramalan ramai Lee Chong Wei turut mudah menewaskan pasangan dari Thailand Tanongsak Saensomboonsuk 21-15, 21-17.

Dalam aksi pembukaan semalam turut menyaksikan pasangan beregu wanita Ng Hui Ern-Ng Hui Lin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Ukraine, Anna Kobceva-Elena Prus 21-14 22-20.

Pasangan itu bakal berdepan pilihan ke-15 Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi pada pertemuan esok.

Sementara itu beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan Mexico, Munoz Lino-Gonzalez Cynthia, 21-9, 21-5.

Menanti pasangan itu di pusingan kedua ialah Nathan Robertson-Jenny Wallwork
dari England.

Seperti yang diharapkan, kem Malaysia kini menampilkan persembahan yang baik di London selepas semua wakil setakat ini berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan kedua. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.