Header Ads

BN perjudi keselamatan negara demi satu undi dari Penduduk Tetap

WarkahDaily – Nasib keselamatan negara menjadi taruhan murah buat pemimpin Umno-BN kerana mahu kekal berkuasa dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13.

Beberapa penyelewengan hasil subahat SPR, JPN dan Umno-BN kini telah dibongkarkan walaupun pada peringkat awalnya SPR menafikan berlakunya penipuan dalam daftar pemilih.

Kerana kuasa, pemimpin negara sanggup menggadai keselamatan negara kerana mahukan satu undi daripada pemegang status Penduduk Tetap (PR). Dalam sekelip mata, penduduk PR mendapat taraf warganegara secara percuma bagi membolehkan mereka ini mengundi dalam PRU ke-13 nanti.

Sebelum itu, dipetik dari Malaysiakini, seorang pemegang status penduduk tetap (PR) telah dimasukkan namanya sebagai pengundi baru di kawasan Ijok, Selangor atas nama ‘Mismah’.

Namun selepas pendedahan itu dibuat, tidak sampai 24 jam, status PR yang dipegang oleh ‘Mismah’ telah berubah kepada status warganegara.

Menurut laporan Malaysiakini, ‘Mismah’ kini mempunyai MyKad biru (status warganegara), berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Menurut Malaysiakini lagi, semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada jam 5.48 petang kelmarin dan 11.30 pagi semalam. Ia menunjukkan nama ‘Mismah’ adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR berwarna merah.

Namun, apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, ‘Mismah’ yang sama didapati sebagai pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan hasil yang mengejutkan iaitu ‘Mismah’ telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

p/s: Klik gambar untuk lebih jelas
Dikuasakan oleh Blogger.