Header Ads

Cesc Fabregas kembali ke pangkuan Barcelona dengan nilai RM124.8 juta

SEPANYOL: Cesc Fabregas akhirnya merealisasikan impiannya untuk pulang ke pangkuan Barcelona bernilai 29 juta euro (RM124.8 juta) dengan beberapa syarat tambahan.


PULANG: Cesc Fabregas kembali ke kelab gergasi Sepanyol, Barcelona selepas dia menandatangani kontrak lima tahun pada Isnin. | foto Getty Images
Seramai 30, 000 peminat menyambut ketibaannya untuk diperkenalkan secara rasmi di Camp Nou sebaik bekas kapten Arsenal itu lulus ujian kesihatan.

Fabregas meninggalkan akademi kelab itu pada usia 16 tahun dan selama lapan tahun berhijrah, Fabregas kecewa apabila hanya sempat memenangi Piala FA 2005.

Kelab Catalan itu dipercayai telah memburu Fabregas sejak tiga tahun terakhir ini kerana percaya dia mampu menjadi nadi tengah bagi menggantikan Xavi Hernandez yang semakin dimamah usia. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.