Header Ads

‘Diktator’ Malaysia labur RM72.68 juta untuk pulih imej di mata dunia

WarkahDaily – Wang rakyat mengalir keluar bagaikan air, begitu mudah dibelanja ‘diktator’ Malaysia tanpa memberi faedah sedikit pun buat rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan bukan dipedulikan kerajaan ‘diktator’ Malaysia. Asalkan imej mereka di mata dunia dapat dipulihkan, dapat diterbalikkan dari realiti sebenar.

Siapa ‘diktator’?

Siapa lagi kalau bukan pemimpin kerajaan Umno-BN Malaysia begitu terdesak untuk memulihkan imej buruk kepada baik dengan memberi upah kepada syarikat penyiaran antarabangsa untuk menyiarkan berita bohong konon pemimpin ‘diktator’ Malaysia tidak sejahat yang digambarkan media dunia sebelum ini seperti keganasan polis atas arahan kerajaan Umno-BN untuk menyerang rakyat sendiri dalam Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Media alternatif melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membeli slot rancangan di televisyen antarabangsa untuk memperbaiki imej, tidak ubah seperti diktator.

Menurut Adun PKR (Seri Setia), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ramai diktator dunia berbuat demikian kerana takut pada kebebasan media, termasuk bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak.

“Biasanya mereka yang diktator yang akan beli slot-slot sebegini kerana kalau ada laporan bebas, mereka akan dapat laporan yang kurang baik,” kata Nik Nazmi.

Sarawak Report sebelum ini telah mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menerbitkan program TV berat sebelah untuk ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan BN bazir RM72.68 wang rakyat

Kerajaan Sarawak dilaporkan membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu. Sementara Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009.

Dipetik dari Keadilandaily, Nik Nazmi berkata amalan sedemikian juga sebenarnya tidak berdasarkan etika penyiaran media antarabangsa kerana ia tidak menyampaikan mesej yang objektif kepada penonton.

“Amalan ini tidak dibenarkan di peringkat antarabangsa sebab sifatnya tidak lebih daripada iklan. Sepatutnya orang tonton dengan anggapan ia rancangan yang objektif,” katanya.

Pada masa yang sama, Nik Nazmi berkata Najib sepatutnya perlu melakukan trasnformasi yang sebenar di dalam negara jika mahu nama beliau harum di peringkat antarabangsa dan bukan melakukan kempen perhubungan awam sebegini.

“Najib nampaknya lebih berminat baiki imej di peringkat antarabangsa sedangkan ‘public relations exercise’ atau ‘media spin’ begini tak akan dapat baiki perkara yang dah busuk.

“Najib sendiri sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk memperbaiki imej beliau di peringkat antarabangsa.

“Lebih baik jika kerajaan lakukan transformasi sebenar dalam negara dan dengan sendiri imej beliau akan jadi lebih baik di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.