Header Ads

Felda gagal dalam saman fitnah RM200 juta

Felda dan syarikat pelaburannya hari ini gagal dalam saman fitnahnya sebanyak RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan bahawa Felda dan syarikat pelaburannya gagal membuktikan bahawa Dr Tan mengeluarkan kata-kata itu dan bertanggungjkawab terhadap penerbitan perkataan memfitnah dalam laporan akhbar.

Pada 25 Jan, Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman itu mengenai perkataan memfitnah yang disiarkan terhadapnya dalam artikel di muka hadapan 'Suara Keadilan' bertajuk"Kontroversi."

Artikel itu bersambung di muka tiga di bawah tajuk "Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu." (Only three people involved in putting up RM662 million building).

Plaintif mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana perkataan tersebut membayangkan bahawa pemilikan dan pembinaan Menara Felda di kawasan Tiga Segi Emas Kuala Lumpur akan memanfaatkan gabungannya.

Dr Tan dalam kenyataan pembelaan berkata perkataan itu mengandungi komen yang adil mengenai perkara melibatkan kepentingan awam.

Ketika menolak saman itu, Zabariah mendapati bahawa perkatan memfitnah yang menuduh Felda dan syarikat pelaburannya salah guna pengurusan dan kedudukan kewangannya, telah menyerang Felda dalam perkara ia melaksanakan hal ehwalnya.

Dalam alasan panjang lebarnya, bagaimanapun beliau memutuskan bahawa Felda dan Felda Global Ventures tidak dapat membuktikan bahawa Dr Tan telah mengeluarkan kata-kata memfitnah itu kapada pemberita Suara Keadilan, Faizal Zakaria. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.