Header Ads

[Gambar] Skuad Olimpik negara kalah buat kali pertama namun perlu bangkit sebelum bertemu Jepun

WarkahDaily – Walaupun sebelum ini skuad bimbingan Ong Kim Swee begitu gah dengan tiga kemenangan berturut-turut ke atas beberapa kelab di Slovakia, namun kekalahan pertama 1-4 di tangan kelab dari Hungary, Budapest Honvéd FC Isnin lalu memberi satu peringatan awal supaya skuad yang dibarisi ramai pemain Harimau Muda itu harus bangkit sebelum menghadapi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bermula September depan.


Pemain Budapest Honvéd FC diberi kawalan ketat oleh pemain-pemain skuad Olimpik negara dalam perlawanan persahabatan pada Isnin. Malaysia tewas 1-4.
Sebelum ini, skuad Olimpik negara bermula cemerlang apabila memenangi tiga perlawanan awal menundukkan Moldava 1-0, diikuti menang ke atas Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1.

Anak buah Kim Swee dijadualkan bertemu kelab Dolny Kubiu di aksi kelima dalam latihan di Slovakia.

Aksi skuad Olimpik negara setakat ini telah memberi bayangan kesebelasan utama pemain yang sudah boleh dicaturkan oleh Kim Swee bagi pertemuan kelayakan Olimpik 2012 menentang jaguh Asia, Jepun dan dua pasukan negara teluk, Syria dan Bahrain dalam kumpulan C.

Klik gambar untuk melihat aksi-aksi pemain skuad Olimpik negara ketika pertemuan dengan kelab dari Hungary, Budapest Honvéd FC.



Dikuasakan oleh Blogger.