Header Ads

Geng seluar dalam muncul kembali, bangunan Komtar menjadi sasaran

WarkahDaily – Ingat ke ‘geng seluar dalam’ dah lama berkubur. Bukan ke geng ini adalah kumpulan perompak yang menyarungkan seluar dalam ke kepala mereka ketika mahu merompak.


'GENG seluar dalam' ni dah kemaruk coli dan seluar dalam wanita.
Rupa-rupanya geng ini muncul kembali. Ia muncul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin. Tapi bernasib baik kerana ‘geng seluar dalam’ kali ini tidak lagi menyarungkan seluar dalam ke kepala mereka tetapi sekadar memegang di tangan.

Ahli ‘Geng seluar dalam’ yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia dilaporkan telah menyerbu Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dengan membawa dua pasang coli dan seluar dalam yang bercorak harimau.

Pengerusi pertubuhan yang juga seorang peniaga barangan kulit yang dikenali sebagai Mohamed Ghani cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa bungkusan coli dan seluar dalam sehingga berlakunya kekecohan di bangunan berkenaan.

Namun, ‘Geng seluar dalam’ itu ditahan pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif selepas mendapat perhatian orang ramai dengan bungkusan coli dan seluar dalam pilihannya itu. Kerana serbuannya tidak Berjaya, geng ini terpaksa menggantung seluar dalam dan coli idaman mereka di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri.

Perkara ini amat memalukan bangsa Melayu (ops, Melayu ke) yang diperalat oleh golongan tertentu yang tidak mahu menerima kenyataan mereka sudah menjadi pembangkang di negeri itu sehingga sanggup mempergunakan badan-badan yang dinamakan dengan Melayu untuk melakukan kerja-kerja memalukan dan tidak senonoh berkenaan.

Serbuan seluar dalam dan coli wanita itu dilakukan kononnya untuk menghadiahkan kepada kerajaan negeri yang dituduh tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

Nampak banyak blogger barua Umno-BN bertepuk tangan dengan tragedi memalukan bangsa Melayu itu. Mereka gembira konon Mohamed Ghani begitu berani dengan bungkusan coli dan seluar dalamnya itu.

Dah mati akal nak lawan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Nak lawan secara bermaruah tiada ‘modal yang cukup’, terpaksa pula lawan secara tidak bermaruah dan memalukan.
Dikuasakan oleh Blogger.