Header Ads

Harimau Malaya tewas lagi, Rajagopal masih positif

WarkahDaily – Selepas dilukakan oleh Singapura dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon asia dengan kekalahan 6-4, taring Harimau Malaya tampak kurang tajam apabila kena lagi di tangan pasukan Selangor 0-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.


PEMAIN tengah Selangor, Hardi Jaafar (depan) dicabar penyerang kebangsaan, Safee Sali pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin. | foto Kosmo!
Gol kemenangan Selangor itu dijaringkan Rudie Ramli pada minit 64 menerusi rembatan kencang cantik dari luar kotak penalti menewaskan Sharbinee Alawee.

Namun bagi pengendali skuad Harimau Malaya itu, Rajagopal,beliau berkata walaupun tewas beliau melihat tanda-tanda positif dalam skuad kebangsaan.

Beliau tidak bimbang dengan kekalahan dalam perlawanan itu dan cuba menggandingkan beberapa muka baru dan pemain lama yang dipanggil semula terutamanya pada babak kedua.

Pemain baru belum serasi

Muka baru yang dipanggil untuk kem latihan skuad negara itu tampak belum serasi dan belum lagi bersedia untuk perlawanan di peringkat yang lebih tinggi.

“Malam ini (kelmarin) saya mahu cuba pemain baru dan dari situ kita akan tahu pemain mana yang akan terus diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.

“Manakala pemain lama yang dipanggil semula seperti Farizal Marlias dan Mohd Khyril Muhymeen menunjukkan permainan yang baik,” katanya.

Rajagopal intai pemain baru

Rajagopal turut memberitahu, pemain baru buat skuad Harimau Malaya akan diintai ketika kempen Piala Malaysia yang dijangka akan diadakan pada 6 September ini.

“Di Piala Malaysia nanti ada 16 pasukan yang bertanding, dari situ saya akan nilai dan pantau pemain setiap pasukan.

“Pemain yang mempamerkan aksi cemerlang akan dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.