Header Ads

Hentikan biometrik, guna dakwat kekal, kos pun rendah, kepincangan dapat dielak

WarkahDaily – Apa nak berdolak-dalih lagi, hentikan je niat nak guna sistem biometrik dalam pilihanraya ke-13 nanti dan gunakan sahaja kaedah paling mudah, lebih praktikal dan murah dan tak banyak songeh karenah pertindihan kad pengenalan pemilih.


Ahli parlimen PR mengambil keputusan menolak kaedah biometrik dalam sidang media baru-baru ini. | foto Harakahdaily
Apa yang nak ditakutkan jika kerajaan BN mendakwa mereka tak mempunyai komplot bersama SPR dan JPN untuk menang mudah dalam pilihanraya akan datang dan SPR telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Dah la murah, senang lagi praktikal, apa nak elak lagi dari menggunakan kaedah mencelup dakwat kekal pada jari setiap pengundi yang sudah membuang undi. Habis cerita.

Kalau pengundi itu nak datang lagi nak mengundi dengan menggunakan kad pengenalan lain (guna kad pengenalan orang mati), sudah tentu orang nampak jarinya sudah dicelup dengan dakwat kekal itu. Kecuali orang tu bodoh, potong jarinya yang sudah dicelup. Orang Umno berani ke buat begitu?hehehe..

Kenapa nak pertahankan sangat dengan kaedah biometrik tu. Semacam ada komplot je yang mungkin tidak boleh dilakukan jika SPR menerima kaedah dakwat kekal. Bukan ke SPR dah cakap telus dan dah buat pilihanraya bersih, kenapa takut nak guna dakwat kekal?

Dipetik dari Harakahdaily, Pakatan Rakyat (PR) mahu SPR dan kerajaan BN batalkan sahaja hasrat mahu menggunakan kaedah biometrik dalam pilihanraya akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Salam satu sidang media baru-baru ini, ahli parlimen PR mengambil keputusan menolak kaedah biometrik kerana beberapa pendedahan terbaru menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Dilaporkan juga, kerajaan juga menggunakan sistem itu untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, namun wujudnya kepincangan sistem itu dikemukakan.

Ahli parlimen PR turut menegaskan, bukan sahaja kepincangan pertindihan pengundi boleh dielakkan apabila kaedah dakwat kekal digunakan, bahkan kerajaan juga dapat menjimatkan kos pengunaan kaedah biometrik yang belum lagi diuji akan keberkesanannya malahan banyak keraguan yang timbul.

PR mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.

“Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini,” ujar ahli parlimen Batu, Tian Chua mewakili PR dalam sidang media kelmarin bersama-sama ahli parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

“Kita harap kerajaan telus dalam hal ini,” kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.
Dikuasakan oleh Blogger.