Header Ads

Israel terus mengganas ke atas Gaza

GAZA: Tentera rejim Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza buat hari ketiga, semalam walaupun selepas pejuang Palestin bersetuju mengadakan gencatan senjata dan berhenti melancarkan roket ke arah Israel.


KEPULAN Asap berikutan serangan udara Israel ke atas Genting Gaza pada Ahad, 21 Ogos 2011. | foto AP
Menurut wakil kumpulan pejuang Hamas di Gaza, persetujuan itu dicapai dengan syarat Israel menghentikan serangan bertubi-tubi yang dilancarkan ke atas Gaza sejak tiga hari lalu.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev enggan memberi sebarang kenyataan mengenai perjanjian itu.

Liga Arab kelmarin mengecam serangan ganas dan berterusan Israel ke atas Gaza yang menyebabkan 15 penduduk Palestin terbunuh termasuk kanak-kanak berumur lima tahun dalam tempoh lima hari.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas bukan sahaja di Genting Gaza tetapi juga di Tebing Barat selepas mendakwa anggota kumpulan pejuang itu membunuh lapan rakyatnya, Khamis lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.