Header Ads

Kalau betul Umno nak bela Islam, mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad

WarkahDaily – Sebab dah takdak cara lain dah nak perkuatkan kembali Umno yang semakin nak runtuh, maka puak-puak Umno begitu berusaha konon menjadi pembela Islam dan kesuciannya.


Mohamad terpaksa duduk atas kerusi yang disusun khas kerana lutuk beliau yang masih sakit akibat cedera semasa perhimpunan Bersih 2.0. | foto Harakahdaily
Tak pelik ke, asalnya mereka ini tak suka dengan Islam, tiba-tiba hari ini pandai pulak berlakon ‘suka’ dengan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, fenomena pelik, Umno ‘bela’ Islam tak lari hanya sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Setelah tidak yakin meraih undi dari kaum bukan Melayu, pemimpin Umno cuba melakukan propaganda sentimen agama dan kaum kerana mereka merasakan masih ada peluang terhadap undi orang Melayu.

Bagi Umno, Melayu ada nyawa dan pergantungan terakhir mereka.

Isu murtad yang begitu agresif dimain media Umno sekadar lakonan meraih undi orang Melayu Islam. Ketika kuasa Umno kuat, pemimpin Umno tak pandang pun isu murtad yang diperkatakan pihak berwajib. Mereka langsung tak bimbang dengan gejala murtad tapi hari ini, sekelip mata pendirian mereka berubah.

Hipokritnya Umno, setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang pemerintahan Umno-BN, baru sekarang tiba-tiba melenting.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” cerita Mohamad Sabu ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau 18 Ogos lepas seperti yang dipetik dari Harakahdaily.

Islam dihina di Malaysia kerana perbuatan pemimpin Umno

Kesucian perhormatan terhadap Islam direndah-rendahkan bukan sebab orang lain pun. Semuanya hasil tindak-tanduk pemimpin Umno. Siapa berani sangkal dengan bukti yang Umno ni betul-betul sayangkan Islam dan bela Islam?

Kalau betullah Umno ni nak jaga Islam, nak bela Islam, sudah tentu mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Walaupun nampak kecil, tetapi di situlah bermulanya kesucian dan perhormatan terhadap Islam. Bila ianya diperlekeh pemimpin Umno, sudah tentu bukan Islam akan memandang rendah dengan Islam.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” kata Mohamad Sabu lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.