Header Ads

Keegoan Umno tersungkur di kaki Palanivel

WarkahDaily – Akhirnya Umno tunduk kepada parti sekutu Barisan Nasional (BN) yang paling kerdil dan lemah iaitu MIC apabila presiden Umno terpaksa melantik presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai menteri penuh.


Najib lantik Palanivel sebagai menteri penuh kerana bimbang dengan ugutan Palanivel.
Semuanya kerana gelabah Najib terhadap ugutan Palanivel yang dikatakan mahu keluar dari parti perikatan BN.

Ketua Penerangan Dewan UlaLinkmak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh menyifatkan lantikan Palanivel oleh Najib sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda UMNO sedang menggelabah.

“Saya ucapkan syabas kepada kaum India kerana menzahirkan penentangan kepada kerajaan UMNO sehinggakan Najib terpaksa menjanjikan jawatan menteri kepada MIC,” kata Nik Zawawi.

Jelas, kehebatan dan kekuasaan Umno yang didakwa oleh barua mereka selama ini adalah pembohongan semata-mata, konon Umno berkuasa dalam komponen BN. Rupanya Umno sekadar tunggul yang menjadi ketua tetapi pengecut dengan sekutu yang diketuainya. Dengan kata lain, Umno sekadar kuda tunggangan sahaja dalam BN oleh rakan sekutunya.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS itu turut meminta kaum India berhati-hati dengan parti rasis Umno yang gagal membela kaum minoriti itu. Umno hanya akan memandang kaum minoriti ketika pilihanraya bakal menjelang. Berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai rekod baik dalam membela semua kaum di negara ini.

“Tapi masyarakat India hendaklah sedar bahawa parti rasis UMNO gagal dalam membela nasib mereka,” tegas Nik Zawawi.

“PAS dan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan dan keadilan kepada semua kaum sejajar dengan tuntutan Islam itu sendiri, rata-rata masyarakat India yang berada di negeri-negeri pakatan telah merasai nikmat di bawah pemerintahan pakatan... tanyalah masyarakat India di Kelantan dan Kedah mereka telah merasai keadilannya,” ujar beliau lagi
Dikuasakan oleh Blogger.