Header Ads

Larangan pembesar suara: Pulau Pinang tak sensitif atau Zahid Hamidi jahil agama

WarkahDaily – Jangan hanya pandai nak ambil peluang menangguk di air keruh dan cuba bermain politik. Nanti orang nampak kita ni jahil dan tak reti agama walaupun hang tu ada latar belakang berpendidikan kolej Islam. Ke tak gitu bro..

Isunya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu dan turut dipersetujui oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Bukan calang-calang orang bro!.

Menurut Dr Juanda Jaya, amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Ada pemimpin Umno yang tinggi sikit pelajaran agamanya turut menghormati keputusan majlis fatwa mufti Pulau Pinang itu. Rujuk sini.

Zahid cuba bermain politik, konon Umno prihatin agama

Sejak bila pulak Umno hormat dengan Islam ni? Rasa macam pelik la pulak bila Umno pertahan kesucian Islam. Selama ini Islam dihina, dipermain adalah hasil didikan pemimpin Umno yang merendah-rendahkan Islam, menghina Islam, cuba memburuk-burukkan hukum Islam.

Tapi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ni pandai pulak berlakon konon sangat sensitif dengan kesucian Islam. Berlagak pandai tapi terang-terangan orang nampak hang tu bodoh.

Zahid berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

Nak sensitif apanya bro kalau mufti dah keluar keputusan yang sudah tentu berpaksikan dalil dan pendapat ulamak yang muktabar, bukannya kerana periuk nasi dan jawatan menteri yang hang pegang tu bro!.

Kalau hang betul-betul dukacita dengan keputusan tu, dan betul-betul ikhlas nak pertahankan kesucian Islam, pi nasihat pemimpin Umno yang pernah menghina hukum Islam selama tu agar bertaubat. Ada berani?

Apakah hang ada berani pi tegur isteri pemimpin tertinggi kerajaan BN yang tak pakai tudung tu agar tak menghina umat Islam dengan membuka aurat sesuka hati tu.

Penulis WarkahDaily (WD) pernah mengeluarkan artikel berkaitan penulis komentar dari blogger Umno yang telah menampak kejahilannya berkaitan hukum Allah (pasal aurat). Baca selanjut di sini.

Kenapa terjadi sedemikian? Inilah hasil didikan contoh dari pemimpin Umno terhadap rakyat sendiri berkaitan agama. Yang reti agama jadi syaitan bisu kerana nak jaga periuk nasi. Yang jahil pulak makin jahil.

Pemimpin Umno sejenis makhluk yang pelik

Apa yang tak peliknya, bila sesuatu isu agama itu boleh diambil kesempatan untuk kepentingan perut busuk mereka, maka mulalah depa ni tunjuk prihatin dengan agama Islam dan kesuciannya. Tapi usaha ke arah memartabatkan Islam tak pernah dilakukan.

Depa ni bingkas bangun konon menjaga kesucian Islam bila pihak berwajib di negeri Pakatan Rakyat cuba melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Tapi depa ni tak pulak ambil kisah kat masjid tu ada berapa kerat jemaah yang datang, apa program pengisian kerohanian yang dapat dilakukan di masjid dan sebagainya. Hebat bebenor depa ni berlakon.

Tapi pasai hina hukum Islam tak payah cari orang lain pun, depa ni juga yang tumpang sekaki.
Dikuasakan oleh Blogger.