Header Ads

Manchester City terajui takhta Liga EPL

Kemenangan 3-2 ke atas Bolton Wanderers lewat malam tadi melonjak Manchester City ke persada Liga Perdana Inggeris sekaligus memberi amaran kepada kelab lain bahawa mereka adalah pencabar utama kejuaraan musim ini.


Penyerang City, Edin Dzeko (Kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol semasa pertemuan EPL antara Manchester City dengan Bolton di Stadium Reebok pada 21 Ogos 2011. City menang 3-2. | foto AFP
City yang dibantu dengan kehebatan dan kelincahan David Silva nyata mendominasi permainan sepanjang 90 minit namun Bolton tidak memberi laluan mudah buat anak buah Mancini apabila turut mempamerkan semangat berlawan yang tinggi di gelanggang sendiri.

Silva menjaringkan gol pendahuluan pada minit 26 menerusi rembatan rendah yang mudah menewaskan penjaga gol Bolton Jussi Jaaskelainen dan disusuli kemudiaannya dengan gol kedua oleh Gareth Barry pada minit 38 menerusi satu rembatan yang kencang jarak jauh.

Namun, Bolton tidak mudah mengalah walaupun ketinggalan dengan dua gol dan Ivan Klasnic cuba menghidupkan semangat apabila menjaringkan gol selang dua minit kemudiaan untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum berakhir separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, City sekali lagi menjarakkan kedudukan apabila Jaaskelainen bolos buat kali ketiga selepas Edin Dzeko menjaringkan gol pada minit ke-47 hasil kealpaan Zat Knight yang mudah membiarkan bola dicuri daripada kawalannya.

Bolton sekali lagi cuba bangkit dengan menambah gol kedua menerusi tandukkan Kevin Davies pada minit 63 namun percubaan demi percubaan selepas itu gagal menemui kegagalan kerana kekentalan benteng pertahanan City yang sering menjadi penghalang.

Kedudukan 3-2 kekal hingga tamat 90 minit permainan sekaligus menyaksikan City berjaya mendahului takhta EPL musim ini dengan mengutip enam mata penuh daripada dua perlawanan.

Turut berkongsi tangga teratas dengan City ialah Wolverhampton yang juga berjaya meraih kemenangan kedua mereka musim selepas membenam Fulham 2-0.

Norwich City pula diikat 1-1 oleh Stoke setelah terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila Leon Barnett dibuang padang pada minit ke-63. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.