Header Ads

MB Terengganu buktikan rakyat di bawah pimpinan BN dipinggir kerajaan pusat

WarkahDaily – Ketika penggal pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004, segala bentuk curahan wang, projek dan bantuan dilaburkan di negeri Terengganu.

Wang royalti minyak yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri dirampas kerajaan pusat dengan diubah sesuka hati menjadi ‘wang ihsan’kerana ianya mahu dijadikan umpan suapan rasuah pilihanraya bagi merampas kembali Terengganu dari PAS.

Ketika itu, walaupun rakyat sekadar mendapat sedikit sahaja daripada hasil royalti minyak yang ditukar menjadi ‘wang ihsan’, namun rakyat Terengganu bagaikan mendapat ‘keuntungan dari langit’ apabila begitu mudah untuk dapatkan wang.

Yang untung besar, sanak-saudara, kroni pemimpin Umno Terengganu yang khianat terhadap rakyat kerana meminta kerajaan pusat merampas hasil royalti yang sepatutnya disalurkan melalui kerajaan negeri.

Kini di zaman BN, Terengganu tidak lagi dihirau

Walaupun ada sedikit pembangunan yang dapat dilihat sedang sibuk dibina di Terengganu, namun ia sekadar memberi keuntungan di sebelah pihak sahaja. Bukan semua rakyat dapat merasainya.

Apa yang menyedihkan, keperluan rakyat yang berhak untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik dan lengkap tidak diambil peduli oleh kerajaan.

Sekarang jelas terbukti apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa merayu kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang tidak sesuai.

Kerajaan BN dipinggir kerajaan BN

Rakyat menjadi mangsa kerana pemimpin kerajaan BN bermain politik sehingga lupa kebajikan rakyat sendiri. Rintihan rakyat hanya didengar ketika musim pilihanraya sahaja. Jika kuasa sudah dalam genggaman, masing-masing tidak lagi peduli dengan nasib rakyat.

Menurut laporan Bernama, dua hospital di Terengganu berada dalam keadaan kritikal dan mengundang pelbagai masalah seperti yang didakwa Ahmad Said.

Ahmad Said berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

“Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

“Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini,” katanya dipetik dari Bernama Online ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam.

Padahal menurut Ahmad Said, cadangan pembinaan Hospital di Dungun itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan lagi tetapi sehingga kini ia belum terlaksana. Sekarang dah masuk Rancangan Malaysia ke-10 dah.
Dikuasakan oleh Blogger.