Header Ads

Melayu oh Melayu!

Oleh Pemerhati44

Pada perayaan untk agama lain seperti Deepavali dan Krismas jarang sekali kita dengar dentuman mercun.

Pada perayaan Tahun Baru Cina adalah kedengaran dentuman mercun ini dan itupun kena pada masanya.

Yang menghairankan baru saja mula Bulan Ramadhan sudah kendengaran dentuman mercun disana-sini tidak kira masa dan tujuan.

Apakah tujuan orang Melayu bermain mercun? Untuk membazir wang, buat onar sana-sini, tidak menghormati Bulan Ramadhan itu sendiri, apa?

Mana letak otak ibubapa budak-budak yang melakukan perbuatan ini, atau ada yang turut sama melakukannya!

Hentikanlah perbuatan yang sia-sia ini. –TKO

p/s

WarkahDaily – Satu lagi, kalau Melayu main mercun, ada je berita yang putus jari atau tangan. Kalau yang tercedera, yang lain-lain bukannya nak ambil iktibar pun. Tapi bila diri sendiri kena, barulah nak nyesal. Bila dah jari dah takdak, bila tangan dah kudung, masa tu baru teringat nasihat orang tua (ibubapa).

Mercun ni pada asalnya, lebih sinonim dengan perayaan Cina tapi kini dah sebaliknya pulak. Kelihatan orang Melayu lebih-lebihlah pulak.
Dikuasakan oleh Blogger.