Header Ads

Nahas helikopter: 10 disahkan maut termasuk empat warga Australia

JAKARTA: Seramai 10 orang termasuk empat warga Australia maut dalam kejadian nahas helikopter di Sulawesi Utara, menurut anggota pasukan penyelamat, kelmarin.


Pasukan penyelamat membawa mangsa nahas helikopter ke dalam ambulans di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia. | foto AP
Ia dipercayai hilang kawalan beberapa minit selepas berlepas akibat cuaca buruk.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan berkata, helikopter Bell 412 itu terhempas di kawasan pergunungan semasa hujan lebat.

Bangkai helikopter tersebut ditemui di dalam hutan tebal kira-kira 10 kilometer dari pangkalan di Manado, Pulau Sulawesi.

Kesemua mangsa didakwa sedang dalam perjalanan menuju ke lombong emas milik pengeluar terbesar Australia, Newcrest Gosowong yang terletak di Pulau Halmahera.
Dikuasakan oleh Blogger.