Header Ads

Najib dan Rosmah cirit di mahkamah

WarkahDaily – Ingat ke berani sangat. Dulu-dulu dengar macam berani sangat-sangat. Tapi sekarang macam dah nak kena cirit je.

Fobia bebeno hangpa berdua dengan mahkamah ni ye. Takut kantoi apa-apa ke?

Sumbat orang dalam penjara berani tapi berhadapan dengan mahkamah semua kecut.

Dipetik dari Malaysiakini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Perkara itu didedahkan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Sankara Nair.

“Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Bila giliran Rosmah pula, beliau turut tidak mahu menjadi saksi pembela. Namun Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan ‘teramat tegang’ ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, “jangan buli saya, Encik Karpal”.

Apasal takut sesangat ni. Apakah Najib dah lupa yang sebelum ini beliau pernah memberitahu banyak rahsia Anwar yang beliau tahu. Konon berseloroh, jika rahsia Anwar itu didedahkan, mahunya Anwar demam. Hebat dengar masa tu.

Tapi sekarang, eh..eh..pasai apa hang pulak yang terciritnya? Hang pulak yang nak demam bila dipanggil mahkamah ek.

Ramai jugak rakyat Malaysia duk tunggu Najib bongkarkan rahsia Anwar supaya Anwar boleh demam. Hehehe. Bagi aje la Anwar tu demam bro! Orang dah bagi peluang tu bro. Biar Anwar terkedu bila hang pecahkan tembelang Anwar. Mahkamah adalah tempat yang paling sesuai dan biar Anwar tak terkata dengan pendedahan hang bro!

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Udah-udahlah abang Karpal, nanti tercirit lagi depa berdua tu.
Dikuasakan oleh Blogger.