Header Ads

Najib mungkin mangsa Muhyiddin yang seterusnya selepas Pak Lah

WarkahDaily – Siapa tahu, Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya satu penggal memegang jawatan itu. Bukan kerana kalah dalam pilihanraya tetapi atas desakan bertubi-tubi ‘orang’ Tun Mahathir supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Antara yang memainkan peranannya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau membuat desakan itu secara terang-terangan dalam mesyuarat tertinggi Umno.

Kenapa Muhyiddin berbuat demikian? Semuanya kerana melihat betapa lemahnya Pak Lah mentadbir negara. Pak Lah turut dikaitkan menjadikan menantunya sebagai orang penting di pejabat perdana menteri.

Selepas ditekan, Pak Lah tanpa kerelaannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengadakan peralihan kuasa terhadap penggantinya iaitu anak didik harapan Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Disangka cerah pagi sampai ke petang, namun tiba-tiba tanpa disangka oleh pencatur kepimpinan Umno-BN, kenaikan Najib sebagai PM dilihat lebih mendatangkan mudarat kepada Umno-BN.

Najib semakin tidak disukai

Dilihat pentadbiran Najib telah gagal menangani isu Bersih 2.0 dengan baik sehingga tercetusnya keganasan polis terhadap rakyat Malaysia yang menyebabkan Umno-BN menerima tempiasnya.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

Rosmah liabiliti Najib

Isteri kesayangan sepatutnya menyokong si suami sebagai PM dan tidak sesuka hati mencampuri urusan si suami.

Tidak seperti isteri PM sebelum ini, Datin Seri Rosmah Mansur lebih licik dalam mencaturkan kedudukan beliau sendiri dalam pentadbiran Najib.

Pelbagai kontroversi dicipta Rosmah yang menyebabkan Najib kelemasan dalam skandal yang tercipta.

Isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya ketika membeli belah di luar negara telah mengundang persepsi buruk terhadap pentabdiran negara dan ramai orang Umno yang tidak menyukainya.

Langkah Najib menjalankan misi turun padang secara individu dilihat cuba membaiki reputasi buruk beliau dan isteri sehingga ada usaha pihak tertentu mahu menjatuhkannya dari jawatan PM.

Tak mustahil, Muhyiddin yang dulunya mendesak Pak Lah meletak jawatan, kini Najib akan menjadi mangsa seterusnya. Sudah tentu inilah peluang keemasan Muhyiddin mahu merasa jawatan PM sebelum Umno-BN terkubur selepas PRU-13.
Dikuasakan oleh Blogger.