Header Ads

Panas! Lagi-lagi artis popular belai anjing

WarkahDaily – Lepas sorang..sorang ‘orang kita’ tergila-gila nak ‘dakap’ anjing. Tak sangka dah sampai tahap ini dah masyarakat negara ini apabila yang salah tidak lagi dianggap salah. Di mana perginya nilai keislaman yang dimiliki masyarakat kita selama ini. Bukan saja bela tapi sewenang-wenangnya pula dibelai, diusap dan dipegang tanpa lagi rasa segan dengan sengaja tanpa ada tujuan perubatan dan sebagainya.


Klik gambar untuk paparan lebih besar. | foto murai.com.my
Baru-baru ini, heboh diperkatakan seorang artis senior popular begitu mesra bermain dengan anak anjing. Dilaporkan gambar artis yang beragama Islam yang memegang anak anjing itu tersebar meluas di beberapa laman gosip dan blogger.

Penulis WarkahDaily Online merasakan tidak perlu lagi kita menghebohkan siapa artis berkenaan kerana semua sudah sedia maklum tuan empunya diri itu. Kalau korang nak tahu jugak, pi lah mintak tolong dengan ‘Encik Google’.

Ada orang kita cakap, apa salahnya pegang dan usap binatang yang dikategori haram itu, bukan ke kita boleh samak (basuh dengan air tanah sekali, air mutlak enam kali). Betul boleh samak sebab terpegang tapi itu perkara lain. Yang menjadi masalah, nilai moraliti kita sebagai orang Islam yang hanya dibenarkan membela anjing untuk sebab-sebab tertentu dan bukannya untuk suka-suka.

Eh..eh, kenapa tak pegang najis (tahi) lembu ke, binatang lain ke, bukan ke boleh basuh je selepas pegang. Samalah dengan anjing, ia tetap najis walau boleh disamak. Jadi janganlah sesuka hati nak pegang dengan benda najis tanpa ada sebab yang munasabah kerana ia jelas memberi penghinaan terhadap Islam kerana Islam itu bersih dan benci dengan kekotoran (najis).

Walaupun dalam Islam hanya mengharam memakan daging daripada kumpulan binatang haram itu, tetapi Ulamak muktabar, Dr Yusof Qordhawy menjelaskan hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram.

Dalilnya berdasarkan hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa melihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” – Bukhari dan Muslim.
Dikuasakan oleh Blogger.