Header Ads

Penemuan 50 juta tonne simpanan bijih besi di Dungun – Ahmad Said

WarkahDaily – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin memberitahu hasil kajian bahawa simpanan bijih besi di Bukit Besi, Dungun mencapai kira-kira 50 juta tonne.


Ahmad Said ketika membuat lawatan ke kawasan Bukit Besi, pada tahun lepas.
Pada tahun lepas, kerajaan Terengganu dilaporkan akan membangunkan semula bekas kawasan lombong bijih besi di kawasan berkenaan berikutan penemuan baru bijih besi itu dan dikatakan akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

Menurut Ahmad, kerajaan Terengganu ketika itu sedang menunggu Jabatan Mineral dan Geosains memutuskan hasil kajian bagi membuat keputusan berkaitan pembangunan semula tempat berkenaan.

Penemuan bahan mentah berkenaan dilaporkan akan memberi impak yang besar kepada industri berkaitan kerana ianya boleh mengurangkan kos material yang besar berbanding sebelum ini telah diimport dari luar Negara.

Ketika ini, kos import bahan mentah itu boleh mencapai US$160 setonne berbanding ianya dapat dilombong dalam negara iaitu sekadar US$50 setonne atau kurang dari itu.
Dikuasakan oleh Blogger.