Header Ads

Penyelewengan SPR: Komplot pertindihan nama daftar pengundi terbongkar lagi

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bagaimana boleh wujud beberapa orang pengundi bertindih di Parlimen Titiwangsa.


BUKTI penyelewengan SPR yang didedahkan Pemuda PAS. | foto Harakahdaily.
Bagi DPPKT, kesalahan ini sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan. Jika ini merupakan suatu kecuaian, kecuaian ini sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Dalam carian DPPKT mendapat terdapat beberapa orang yang mempunyai nama yang sama. Ada beberapa individu mempunyai satu kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan boleh mengundi di dua parlimen yang berbeza. Contohnya nama seperti SA'AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama yang sama iaitu 1479323. Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913-10-5553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Contoh kedua, terdapat seorang wanita yang memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu 550620055800 dan 560620055412. Beliau bernama SHODAHBINTI ABDUL RAHMAN dan mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.

Contoh ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 8370614, memilik dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 danmemilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Contoh keempat iaitu melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L PARPUTHANATHAN. Beliau memilik kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847, tetapi memiliki dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963. Beliau mempunyai hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Contoh kelima, juga dengan memegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, beliau ini mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094. Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/PMURUGESU boleh mengundi di Parlimen SETIAWANGSA dan TITIWANGSA.

Dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa memang terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali. Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara.

DPPKT mempersoalkan bagaimana JPN boleh mendaftarkan kad pengenalan lama yang sama serta mempunyai nama yang sama untuk dua individu yang berbeza? Atau mungkinkah ia individu yang sama yang mempunyai dua kad pengenalan baru yang berbeza? Bagaimana pula SPR boleh menerima sahaja kesalahan ini tanpa tapisan yang betul terhadap senarai nama yang dibekalkan?

DPPKT mendesak agar kesemua nama ini dikeluarkan segera dari maklumat data pemilih di parlimen Titiwangsa. DPPKT juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang.

Akhir sekali DPPKT akan terus mengadakan pemantauan ketat terhadap senarai daftar pemilih yang dikeluarkan termasuk mencari nama mereka terus mengikut alamat yang tertera dan akan membuat laporan polis jika terbukti benar mereka memiliki dua kad pengenalan yang berbeza. -merdekareview
Dikuasakan oleh Blogger.